Pada masa kini, penipuan yang berkait dengan akaun bank semakin menjadi-jadi. Malah, ianya juga akan mengancam keselamatan akaun tersebut bersama penggunanya sekali. Oleh disebabkan itu, aplikasi CIMB Clicks membuat keputusan untuk menghadkan penggunaan aplikasi tersebut kepada satu peranti sahaja.
Ini adalah untuk mengukuhkan lagi keselamatan dan pada masa yang sama menangani penipuan yang semakin berleluasa. Penggunaan aplikasi ini akan dihadkan kepada satu peranti pada satu masa sahaja. Pengguna baharu CIMB Clicks boleh mendaftar melalui satu peranti sahaja dan akan disahkan oleh SecureTAC sehingga hujung bulan Oktober 2022.
Amat disarankan untuk pengguna CIMB Clicks yang sedia ada untuk menyahaktifkan mana-mana peranti yang tidak dijadikan sebagai peranti utama atau tidak digunakan lagi selewat-lewatnya sebelum bulan Mac tahun 2023. Kepada yang tidak menyemak tetapan sistem tersebut, kesemua peranti sekunder akan dilog keluar secara automatik.
Cara-cara untuk nyahaktifkan peranti-peranti sekunder adalah seperti berikut:
1. Buka aplikasi CIMB Clicks > Settings.
2. Leret ke tepi pada device names > delete.
3. Tekan “Yes” untuk mengesahkan pemadaman.
4. Dan selesai!
Terdapat lebih banyak lagi ciri dan kelebihan akan diberikan oleh bank tersebut namun perinciannya akan diberitahu kelak pada bulan-bulan yang seterusnya.
Sumber: CIMB
Gambar: CIMB
{suggest}