Bersempena dengan acara CES 2024, Acer hari ini mengumumkan komputer riba gaming terbaru, iaitu Acer Nitro 17 dengan cip pemprosesan Intel Core i7 14700HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060 yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan DLSS 3.5 yang digandingkan bersama Microsoft Copilot.
Paparan untuk komputer riba ini adalah beresolusi QHD (2560 x 1440) 17.3 inci dan mempunyai kadar segar semula 165Hz serta kadar tindak balas 3ms.
Selain daripada langganan percuma Xbox Game Pass Ultimate selama sebulan, ia juga menyokong memori konfigurasi 32GB DDR5 5600Mhz dan storan 2TB PCIe NVMe.
Dari segi penstriman dan komunikasi pula, Nitro 17 dilengkapi dengan tiga mikrofon yang menyokong Acer PurifiedVoice 2.0 bagi menapis bunyi-bunyi persekitaran dengan teknologi kecerdasan buatan.
Komputer riba ini juga hadir bersama beberapa jenis penyambungan yang terdiri daripada dua USB Type-C, HDMI 2.1 dan kad MikroSD.
Walaupun peranti ini belum dipastikan untuk pasaran Malaysia, harga yang ditetapkan bernilai USD1,249.99 (~RM5,804.33)
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Acer.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Acer