Acer kali ini telah mengumumkan ketibaan barisan kad grafik terbaru bagi siri Predator BiFrost dan Nitro dengan penambahbaikan sistem pengawalan haba.
Predator BiFrost Radeon RX7800
Untuk siri Predator BiFrost, model AMD Radeon RX 7800 XT OC hadir dengan reka bentuk cip AMD RDNA 3 serta peningkatan slot PCIe 4.0 dan penyambungan dwi-PCIe 8-PIN.
Selain itu, memori grafik untuk model ini adalah 16GB GDDR6 dan mempunyai lebar jalur 624Gbps. Kelajuan pemprosesan bagi kad grafik ini dijangka dapat mencecah sehingga 2,565MHz
Sistem penyejukan yang digunakan pula adalah dari tiga kipas Predator FrostBlade 3.0 dengan reka bentuk bilah kipas yang bergelombang bagi pelepasan haba yang lebih lancar.
Pilihan penyambungan yang disediakan pula terdiri daripada satu HDMI 2.1 dan tiga DisplayPort 2.1.
Harga bagi model ini telah ditetapkan, iaitu USD549.99 (~RM2,553.88)
Nitro Radeon RX 7600
Untuk model Nitro pula, Acer mulakan dengan AMD Radeon RX 7600 XT OC yang hadir dengan memori grafik 16GB GDDR6 serta lebar jalur 288Gbps dan dijangka mampu mencapai frekuensi sehingga 2,810MHz.
Bagi sistem penyejukan, model ini menggunakan dwi-kipas dengan reka bentuk bergelung Nitro FrostBlade serta dilengkapi dengan jangka hayat kapasitor 2.5 kali lebih daripada kapasitor biasa.
Ia juga hadir dengan satu slot HDMI 2.1 dan tiga slot DisplayPort 2.1 dengan ketersediaan yang dijangka tiba pada bulan Februari.
Nitro Radeon RX 7800 dan RX 7700
Bagi dua model ini, Nitro Radeon RX 7800 dan RX 7700 dicipta dengan gabungan reka bentuk cip AMD RDNA 3 dan pemecut ray-tracing bagi menyerlahkan resolusi skrin 1440p dan kualiti video 4K.
Dari segi frekuensi, kad grafik model RX 7700 dijangka dapat mencecah sehingga 2,599MHz manakala model RX 7800 boleh mencecah 2,565MHz.
Kedua-dua model ini menggunakan dwi-kipas bergelung Nitro FrostBlade dan dilengkapi dengan satu slot HDMI 2.1 dan tiga slot DisplayPort 2.1.
Bagi harga model RX 7800 adalah USD509.99 (~RM2,368.14) dan model RX 7700 hadir dengan harga USD459.99 (~RM2,135.96).
{suggest}
Sumber: Siaran Media Acer