Platform PC popular Steam dengan bermurah hati memberikan secara percuma salah satu judul permainan paling popular di platform mereka.
Judul permainan yang dimaksudkan adalah Warhammer: Verminitide 2 di mana sebelum ini ia dijual pada harga RM65.
Kempen muat turun percuma untuk judul permainan ini sudah pun bermula sejak 3 November 2022 lalu lagi dan tawaran ini akan tamat pada 8 November ini yang boleh dimuat turun menerusi laman rasmi ini https://store.steampowered.com/app/552500/Warhammer_.
Warhammer: Verminitide 2 telah menerima ulasan “Sangat Positif” di platform Steamdengan 83% daripada lebih 91,000 ulasan memberikan penilaian positif pada permainan tersebut.
{suggest}
Warhammer: Verminitide 2 telah dilancarkan dalam tahun 2018 dahulu dan ia merupakan judul permainan video aksi orang pertama yang dibangun dan diterbitkan oleh Fatshark.
Sumber: steampowered