OPPO kini telah mengumumkan kerjasama mereka dengan salah satu rumah fesyen yang dikenali sebagai AMBUSH®.
Kolaborasi antara dua syarikat yang berlainan bidang ini menghadirkan satu aksesori terbaru khas untuk peranti OPPO Find N3 Flip iaitu OPPO X AMBUSH FLIPPED PADLOCK.
Sarung telefon yang diinspirasikan daripada beg Heart Padlock keluaran AMBUSH® ini hanya akan tersedia di beberapa buah negara sahaja termasuklah Malaysia, Thailand, Filipina, China, India, Indonesia dan Singapura .
Rakyat Malaysia berpeluang untuk dapatkan OPPO Find N3 Flip yang disertakan bersamanya sarung telefon OPPO X AMBUSH FLIPPED PADLOCK dengan percuma satu tahun perlindungan skrin bernilai RM699 dalam masa yang terhad bermula dari 12 Disember 2023 hingga 14 Disember 2023.
Anda boleh membeli pakej terhad ini dengan harga RM4,399 di laman web OPPO Store selagi stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai OPPO Find N3 Flip ini, sila baca artikel INI.
(Beli pelbagai produk OPPO dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)
{suggest}
Sumber: Siaran Media OPPO