Walaupun Digital Nasional Berhad masih lagi belum memuktamadkan perjanjian dengan syarikat-syarikat telco gergasi di Malaysia, pembangunan jaringan 5G oleh DNB masih mampu berjalan dengan lancar mengikut jadual.
Setakat ini, Malaysia telah menerima jaringan 5G yang meliputi 30% daripada keseluruhan populasi.
{suggest}
Daripada jumlah tersebut, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya telah hampir sempurna akan sokongan jaringan 5G ini dengan liputan keseluruhan 90%, kata CEO YTL Communication, Wing K Lee.
Berdasarkan jadual di atas, pembangunan jaringan 5G Malaysia bergerak mengikut perancangan dan jadual. Pada hujung tahun 2022 nanti, Malaysia akan mempunyai 40% liputan jaringan 5G dikawasan berpopulasi nanti.
Sumber: Astro Awani