TM terus mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat telekomunikasi dan teknologi paling dipercayai di Malaysia apabila diiktiraf dengan 4 anugerah utama di Anugerah PC.com 2023 yang diadakan baru-baru ini.
4 Anugerah itu termasuklah anugerah CEO of the Year yang dimenangi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Imri Mokhtar, Anugerah Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Terbaik: Unifi, Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Tetap Perniagaan Terbaik: Unifi Business dan Anugerah Syarikat Telekomunikasi Terbaik: TM.
Ketika menerima anugerah CEO of the Year itu, Datuk Imri berkata: “Saya menerima anugerah ini bagi pihak 19,000 warga TM yang kuat di seluruh negara. Anugerah ini benar-benar milik semua Warga TM. Keakraban dan komitmen anda adalah inspirasi kepada saya dan semua orang.”
{suggest}
Sumber: Telekom Malaysia