Sebelum ini dilaporkan yang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Satya Nadella akan membuat lawatan ke Malaysia pada Mac lepas. Namun ia ditangguhkan.
Terkini, beliau dijadualkan ke Malaysia pada 2 Mei ini bagi menghadiri acara Jelajah Microsoft Build: AI Day di rantau ini yang mana ia merupakan acara khas selama sehari serta percuma untuk membantu pembangun dalam kecerdasan buatan (AI).
{suggest}
Tambahan lagi, dalam lawatan ke Malaysia ini juga, Satya dikhabarkan bakal bertemu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Ketika ini, Satya sedang berada di Jakarta dan akan ke Bangkok pada 1 Mei untuk menghadiri acara yang sama.
Sumber: bernama, astro awani
Foto utama: stanford business