Sempena jualan 12.12, CelcomDigi kini membawakan tawaran menarik untuk pengguna pascabayar dan prabayar. Antaranya termasuk internet tambahan dengan 5G Booster pada harga RM8 untuk 120GB data.
{suggest}
Dengan pas 5G Booster 120GB, ia tersedia pada harga RM8 untuk tempoh sah 4 hari. Tawaran ini terbuka kepada kedua-dua pengguna Celcom dan Digi sama ada prabayar atau pascabayar, yang boleh diakses melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.
Selain itu, CelcomDigi turut menawarkan potongan harga bagi pembelian iPad 10.9-inci (generasi ke-10, Wi-Fi 64GB) pada harga RM1,799, berbanding harga sebenar RM1,999 – untuk pelanggan CelcomDigi tanpa kontrak dan dengan pilihan Pelan Pembayaran Faedah 0%.
Sebagai tambahan, pengguna prabayar CelcomDigi juga boleh melanjutkan tempoh sah kredit selama 365 hari pada harga RM54, iaitu diskaun sebanyak 50% berbanding harga asal. Pembelian Prepaid Super Long Life boleh dibuat melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi.
Kesemua promosi berlangsung mulai 8 Disember hingga 14 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran yang tersedia, layari laman promosi Celcom atau Digi.