CelcomDigi, syarikat yang mengendalikan jenama Digi dan Celcom kini melanjutkan pemberian akses terhadap 5G secara percuma sehingga 31 Mei 2023.
Sebelum ini, ia diumumkan hanya sehingga 30 April 2023.
Bagi pelanggan NEXT, anda perlu langgan (percuma) 5G Booster secara berasingan dan ia tidak diberikan secara automatik bersama pelan bulanan.
Untuk dapatkanya, masuk ke aplikasi MyDigi > Buy Add-Ons > Booster > 5G Booster (RM0).
{suggest}
Akses 5G percuma ini merangkumi prabayar bulanan Digi NEXT, Postpaid, Postpaid Family.
Bagi pelanggan Celcom pula, akses 5G percuma tersedia untuk pelan pascabayar MEGA, pascabayar Xpax and prabayar Xpax.
Bercakap soal 5G, anda harus faham bahawa selain pelan selular menawarkan 5G, anda juga perlu berada di kawasan liputan 5G dan menggunakan peranti anda juga sokong teknologi itu.
Sumber: Siaran Akhbar DigiCelcom