5G Booster ialah pas tambahan disediakan Celcom dan Digi bagi pelanggan yang mahu menggunakan rangkaian 5G.
Sewaktu diperkenalkan dulu, ia tersedia secara percuma sehingga 31 Mei 2023. Namun, ia perlu ditebus sendiri oleh pelanggan melalui aplikasi.
Dengan masuknya 1 Jun, bermakna pelanggan perlu membayar untuk menggunakan 5G pada peranti mereka. Tetapi, ada pelan pascbayar yang masih diberi 5G Booster percuma.
Celcom
Pascabayar
Pelan yang langganannya bawah RM90 masih dapat menggunakan 5G Booster secara percuma sehingga 30 Jun 2023.
Access only pula bermaksud penggunaannya disekalikan dalam kuota 4G.
Kalau anda bayar RM10/RM20, anda akan diberi kuota tambahan 30GB untuk kedua-dua 4G dan 5G.
Prabayar
Kesemua 5G Booster pada prabayar hadir dengan kuota tambahan. Ini bermakna anda bukan saja dapat menggunakan 5G, tapi juga mendapat lebih GB.
Malang sekali, semuanya tidak ikut tempoh sah sebulan pas internet anda. Tempoh sahnya hanya untuk 1 atau 7 hari.
Digi
Pascabayar
Pelan yang langganannya bawah RM90 masih dapat menggunakan 5G Booster secara percuma sehingga 30 Jun 2023.
Access only pula bermaksud penggunaannya disekalikan dalam kuota 4G.
Kalau anda bayar RM10/RM20, anda akan diberi kuota tambahan 30GB untuk kedua-dua 4G dan 5G.
Prabayar
Kesemua 5G Booster pada prabayar hadir dengan kuota tambahan. Ini bermakna anda bukan saja dapat menggunakan 5G, tapi juga mendapat lebih GB.
Namun, semuanya tidak ikut tempoh sah pas internet anda. Tempoh sahnya hanya untuk 1 atau 7 hari.
Sumber: CelcomDigi