Seiring dengan pembukaan rasmi Exchange TRX, pembangunan bersepadu Lendlease terbesar di seluruh Asia pada 29 November 2023 yang lepas, syarikat telefon pintar Xiaomi akan membuka cawangan terbaru mereka di pusat beli-belah itu dengan keluasan 2,700 kaki persegi sekaligus menjadi cawangan Xiaomi terbesar di Malaysia.
Pembukaan rasmi cawangan ini akan berlangsung pada 9 Disember 2023 dengan tawaran diskaun sebanyak RM200 untuk beberapa produk AIoT jenama Xiaomi yang terpilih seperti yang tersenarai di bawah.
Untuk pengetahuan anda, promosi ini hanya akan berlaku dalam masa satu hari sahaja mengikut sesi yang telah ditetapkan untuk setiap jualan produk.
Sepanjang hari pembukaan itu juga, anda akan berpeluang untuk menyertai Xiaomi Masterclass dan saksikan penampilan Xiaomi CyberDog 2 mengikut masa yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai jadual semasa bagi acara yang akan tersedia di hari pembukaan itu, sila layari halaman rasmi Facebook Xiaomi Malaysia.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Xiaomi