Hari ini, Huawei Malaysia telah merasmikan pembukaan cawangan flagship mereka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur dengan pembawaan terbaru bagi penggunaan sebenar telefon pintar Huawei.
Selain daripada pameran peranti-peranti berjenama Huawei seperti telefon pintar, tablet, jam pintar dan sebagainya, cawangan flagship Huawei ini juga akan menawarkan kelas interaktif mingguan yang akan meliputi topik keseluruhan mengenai peranti-peranti Huawei di bahagian Discover HUAWEI.
Sempena dengan perasmian ini, Huawei Malaysia turut menurunkan harga untuk beberapa peranti yang hanya boleh dibeli secara luar talian di cawangan ini dari 20 Disember 2023 hingga 1 Januari 2023.
Mereka juga turut menawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM100,000 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM399 bermula hari ini sehingga 25 Disember 2023.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Huawei serta halaman Facebook dan Instagram mereka.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Huawei