Apabila anda membeli telefon pintar baharu daripada syarikat Xiaomi, notifikasi iklan yang sering muncul sama ada di bahagian notifikasi ataupun semasa membuka aplikasi MIUI adalah bukan perkara yang baharu.
Hal ini sering dipertikaikan oleh para penggunanya kerana iklan-iklan ini dianggap sebagai satu gangguan yang mengganggu fokus setiap individu semasa melakukan urusan harian mereka.
Oleh yang demikian, dua kaedah yang disediakan di bawah berperanan sebagai alternatif yang boleh dirujuk bagi menghentikan iklan-iklan tersebut.
Tips matikan notifikasi iklan
Pertama sekali, anda perlu tekan ikon Settings di paparan utama telefon pintar anda dan tatal ke bawah sehingga menemukan pilihan Apps. Tekan pilihan itu dan pilih ‘Manage apps‘.
Di dalam halaman tersebut, anda akan dipaparkan dengan senarai aplikasi yang terdapat dalam peranti anda pada ketika itu.
Anda hanya perlu memilih aplikasi yang sering memberikan notifikasi iklan dan tekan tetapan Notifications di halaman aplikasi tersebut.
Akhir sekali, tutup togol ‘Show notifications‘ dan anda tidak akan diganggu lagi dengan notifikasi iklan daripada Xiaomi ataupun mana-mana aplikasi.
Tips menghentikan iklan di aplikasi MIUI
Mulakan dengan membuka tetapan Settings dan tekan pilihan ‘Fingerprints, face data, and screen lock‘.
Seterusnya, tekan Privacy dan tatal ke bawah untuk pilihan ‘Ad services‘.
Akhir sekali, tutup togol di bawah untuk menghentikan iklan yang akan muncul setiap kali membuka aplikasi MIUI seperti Songs, Calculator dan lain-lain.
Harap dengan kaedah-kaedah yang diberikan ini dapat memudahkan urusan-urusan anda apabila menggunakan peranti daripada Xiaomi.
{suggest}