Pada kemas kini aplikasi Steam Client Beta yang terkini, para penggunanya telah menerima satu pembaharuan di paparan pembelian yang ditambah dengan satu pilihan untuk anda menyembunyikan permainan yang anda mahu beli.
Berdasarkan gambar di atas, pilihan ‘For my account: private‘ berperanan untuk mengetatkan lagi privasi pengguna dalam aspek pembelian antara rakan-rakan Steam mereka yang lain.
Selain itu, Steam juga telah menambah ciri privasi untuk sembunyikan paparan permainan yang dimiliki oleh anda dari pemerhatian rakan-rakan Steam yang lain.
Cara sorok permainan anda
Anda boleh pergi ke bahagian Library dan pilih permainan yang anda ingin sembunyikan serta tekan butang gear di bahagian kanan halaman.
Seterusnya, anda hanya perlu pilih Manage dan Hide this game.
{suggest}
Sumber: Steam Support