Kepada anda yang mempunyai rakaman video yang dirakam secara terbalik, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah posisinya menggunakan iPhone.
Pertama sekali masuk ke menu Photos
Kemudian pilih menu Videos
Klik pada video yang ingin dibetulkan
Seterusnya klik pada menu Edit
Untuk mengubah posisi video tersebut, klik pada ikon berikut.
Ubah posisi sehingga betul
Apabila selesai, klik sahaja pada menu Done.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.