Google Maps merupakan salah satu aplikasi navigasi yang telah digunakan secara global.
Fungsi aplikasi ini adalah untuk memberikan panduan kepada pengguna untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju.
Aplikasi ini juga selalunya sudah pun siap sedia dimuat turun di telefon Android.
Google Maps akan sentiasa memerhati lokasi dan garis masa setiap pengguna sepanjang mereka menggunakan aplikasi tersebut.
Oleh itu, sejarah carian atau lokasi yang dituju akan kelihatan jelas setiap kali membuka aplikasi tersebut.
Jadi, ini merupakan cara yang paling ringkas untuk pengguna Android memadam sejarah-sejarah lokasi mereka:
Buka aplikasi Google Maps di telefon anda dan tekan pada gambar profil yang terletak di hujung kanan skrin.
Selepas itu, tekan bahagian Settings.
Kemudian, tekan Maps History dan sahkan identiti jika perlu.
Di sini, pengguna akan melihat aktiviti dan sejarah lokasi yang dicari atau dituju.
Penguna boleh memadam tarikh dan lokasi dengan tekan simbol X pada setiap garis masa.
Untuk padam aktiviti secara berkumpulan, tekan bahagian Delete pilih masa yang ingin dipadam.
Pengguna juga boleh padam secara automatik dengan ciri Auto-Delete.
Pengguna diberi pilihan untuk memadam aktiviti tersebut yang lebih lama dari 3, 18, dan 36 bulan.
Itu sahaja sedikit perkongsian dari saya, semoga bermanfaat!
{suggest}