Sebagai pengguna Facebook, kita pasti mempunyai siaran-siaran lama yang memalukan atau tidak mahu dilihat oleh khalayak ramai walaupun telah lama berada di dalam akaun.
Oleh itu, keputusan untuk membuang semua siaran tersebut menjadi tumpuan utama pengguna terutama sekali apabila ingin memulakan perniagaan secara dalam talian atau permulaan kerja baharu.
Jadi, di sini kami sertakan cara-cara bagaimana untuk memadam siaran tertentu atau kesemua siaran yang dimuat naik di profil FB.
Cara untuk memadam semua siaran Facebook melalui peranti telefon
Pertama sekali, tekan titik tiga di halaman profil
Seterusnya, pilih “Activity Log”
Kemudian, pilih “Your activity across Facebook” dan tekan “Manage Posts”
Akhir sekali, tekan titik tiga di siaran yang ingin dibuang dan “Move to Recycle Bin”
Namun, sekiranya anda mahu lebih mudah, ikuti langkah sama di atas menggunakan Facebook dekstop (di komputer) dan pada bahagian “manage post”, anda boleh pilih “all” untuk padam kesemuanya sekali.
Selesai. Dengan ini, anda boleh pilih mana-mana siaran yang anda ingin padam. Semoga tips ini membantu.
{suggest}