Khusus kepada para pelajar atau guru yang ingin memerlukan penulisan melibatkan formula matematik ketika menggunakan peranti Apple seperti iPad atau iPhone, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali masuk ke aplikasi Appstore.
Kemudian buat carian “Xformula” dan pasang aplikasi berikut.
Setelah selesai dipasang, buka aplikasi tersebut. Anda akan dipaparkan dengan kekunci dengan pelbagai simbol dan menu matematik.
Apa yang perlu anda lakukan ialah taip sahaja apa – apa formula atau persamaan matematik yang anda inginkan.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.