Kepada anda yang kerap menggunakan penulisan pecahan dalam menghasilkan slaid berkaitan matematik dan yang berkaitan. Berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi “AutoCorrect” bagi memudhakan penulisan sebutan matematik tersebut.
Pertama sekali masuk ke menu File.
Seterusnya pilih menu Options.
Kemudian pilih menu Proofing.
Pada paparan seterusnya pilih menu AutoCorrect Options.
Akhir sekali pastikan menu berikut telah dipilih ataupun diaktifkan, disusuli dengan menekan tombol OK.
Maka setiap kali anda menaip nombor diselangi dengan simbol “/”.
Ianya akan ditukarkan kepada bentuk penulisan pecahan seperti berikut.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.