Kepada anda yang menggunakan dua Sim pada iPhone, berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan dua Ringtone yang berbeza sekiranya menerima panggilan daripada Sim – sim tersebut. Sebelum melakukan tetapan berikut pastikan peranti anda telah dikemaskini kepada iOS 17 terlebih dahulu
- Pertama sekali buka paparan Settings.
- Tap pada menu Sounds & Haptics.
- Seterusnya buka paparan Ringtone.
- Anda akan lihat senarai “E-sim” yang didaftarkan, buka salah satu talian tersebut.
- Pilih nada dering yang anda inginkan.
- Seterusnya kembali ke menu sebelumnya dan lakukan tetapan yang sama pada talian “e-sim” satu lagi.
Selesai, maka setiap panggilan akan dimainkan dengan dua nada yang berbeza untuk kedua2 sim tersebut, seperti berikut.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.