Instagram merupakan platform popular gambar, video dan mesej. Namun, terdapat satu kelemahan iaitu apabila anda membuka mesej yang diterima, pengirim akan mengetahui anda sudah membacanya.
Mari saya kongsikan kepada pembaca semua jalan penyelesaian untuk mengelakkan pengirim mengetahui bahawa anda sudah membaca mesej yang telah dikirim olehnya.
Bolehkah Anda Menghilangkan ‘Read Receipts’ di Instagram?
Sebenarnya, tiada tetapan yang spesifik untuk mematikan read receipts di Instagram. Walau bagaimanapun ia tidak mustahil untuk dilakukan sekurang-kurangnya buat seketika.
Caranya adalah dengan menukar mod peranti anda kepada mod pesawat. Kaedah ini berfungsi untuk menyekat Instagram daripada mengemas kini pelayannya sekaligus mengelakkan pengirim mesej mengetahui yang anda telah membaca mesejnya.
Walau bagaimanapun, ia tidak kekal lama kerana apabila anda mematikan mod pesawat dan menyambung semula internet, read receipts dapat dilihat semula oleh pengirim.
Cara Menghilangkan Read Receipts Menggunakan Airplane Mode
Ikuti beberapa langkah di bawah:
1. Buka aplikasi Instagram pada peranti anda dan tekan ikon mesej pada bahagian kanan sebelah atas. Biarkan mesej masuk terlebih dahulu tetapi jangan terus buka atau bacanya.
2. Sebelum membuka sebarang mesej, anda perlu menetapkan mod pesawat pada peranti anda. Untuk Android, leret ke bawah panel notifikasi dan tekan mod pesawat. Pengguna iPhone terkini pula boleh melakukannya dengan meleret dari bahagian atas kanan dan tekan ikon kapal terbang.
3. Mod peswat akan melumpuhkan semua sambungan tanpa wayar pada peranti anda, termasuk Wi-Fi dan data mudah alih. Pastikan simbol Wi-Fi menjadi kelabu atau malap sebelum meneruskan langkah seterusnya.
4. Seterusnya kembali semula ke aplikasi Instagram dan buka mesej yang ingin anda baca. Memandangkan peranti anda tidak disambungkan ke internet, Instagram tidak dapat menunjukkan bahawa anda telah membaca mesej tersebut.
5. Selepas baca, tutup aplikasi Instagram dan pastikan ianya tidak beroperasi pada background.
6. Apabila anda sudah bersedia, buka panel notifikasi (Android) atau control centre (iPhone dan iPad) untuk menutup mod pesawat. Sambungkan semula peranti anda ke rangkaian Wi-Fi atau data mudah alih anda.
Bagaimanapun, ini hanyalah cara sementara sahaja kerana Instagram dilihat bakal menawarkan fungsi menutup ‘read receipts’ tidak lama lagi sepertimana yang ada pada WhatsApp.
{suggest}
Sumber: Online Tech Tips