Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula menawarkan simpanan patuh syariah kepada para pencarum mereka pada Ogos 2016 dahulu.
Jadi sebagai seorang pencarum yang beragama Islam, adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menukarkan status akaun KWSP anda kepada prinsip simpanan patuh Syariah.
Malangnya masih ramai dikalangan pencarum beragama Islam masih belum berbuat demikian atas pelbagai alasan.
Walhal bagi menukar simpanan konvensional KWSP kepada simpanan patuh syariah amat mudah dilakukan di mana anda boleh melakukannya terus secara atas talian sahaja.
Jadi di sini dikongsikan cara menukarkan simpanan konvensional KWSP kepada simpanan patuh syariah.
1. Daftar masuk ke dalam akaun KWSP di laman https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
2. Klik pada Simpanan Shariah bagi menyemak status sama ada akaun KWSP anda sudah patuh syariah ataupun belum lagi. Jika belum, anda klik pada butang Daftar Sekarang.
3. Kemudian anda akan dapat melihat maklumat peribadi bagi akaun KWSP anda. Jika maklumat yang tertera betul, klik pada butang Seterusnya.
4. Kemudian anda dikehendaki membaca e-Akad sehingga habis dan tandakan kotak serta tekan butang Seterusnya.
5. Kemudian sahkan pendaftaran dengan klik pada Permohonan TAC. Masukkan nombor TAC yang diterima dan tekan butang Sahkan.
6. Selepas itu anda sekali lagi diminta untuk memasukkan kata laluan akauan KWSP.
7. Akhir sekali anda akan dimaklumkan bahawa pendaftaran Simpanan Shariah anda telah berjaya.
Selain menerusi laman sesawang, anda juga boleh menukar status simpanan KWSP anda kepada patuh syariah menerusi aplikasi KWSP yang dimuat turun ke dalam telefon pintar anda.
Untuk info lebih lanjut tentang Simpanan Shariah KWSP, layarai laman rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah.
Semoga bermanfaat.