Kepada anda yang menghadapi masalah PC Windows yang kekurangan “kuasa” ataupun lambat dalam menjalankan aplikasi, berikut kami kongsikan kaedah yang boleh dicuba untuk meningkatkan prestasi pemproses pada PC.
Pertama sekali tekan kombinasi “Windows + R” pada kekunci seperti berikut.
Kemudian masuk ke menu “msconfig”.
Seterusnya pada paparan berikut pilih menu Boot dan disusuli dengan menekan tombol Advanced options.
Akhir sekali pada tetingkap dibawah, pilih jumlah processor yang anda ingin jalankan disusuli dengan menekan tombol OK.
Jangan lupa untuk “Restart” PC anda untuk mengaktifkan tetapan tersebut.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.