Selepas kestabilan antara muka Samsung terbaru, One UI 6 diterapkan dalam siri telefon pintar Galaxy S23 pada bulan Oktober yang lepas, kemas kini itu didapati dilancarkan secara berperingkat ke beberapa telefon pintar berjenama Samsung yang lain.
Antara ciri terbaru yang dianggap berguna dan hadir bersama One UI 6 ini adalah kata laluan sekali untuk hotspot mudah alih yang membolehkan anda memberi kod sementara bagi kegunaan individu lain mengakses internet menerusi rangkaian anda.
Cara Tetapan Kata Laluan Sekali
Pertama sekali, anda perlu pergi ke bahagian “Settings” dan tekan pada bahagian “Connections“.
Selepas itu, pilih bahagian “Mobile Hotspot and Tethering” dan tekan “Mobile Hotspot“.
Setelah anda dibawa ke paparan seterusnya, anda perlu tekan bahagian “One-time password” serta hidupkan togolnya untuk ketersediaan kata laluan sekali.
Oleh kerana kata laluannya yang terlalu rawak dan bercampur, anda juga boleh tekan butang “QR code” di bahagian bawah untuk kongsi kata laluan itu. Turut disediakan butang segar semula di sebelahnya untuk dapatkan kata laluan sekali yang baru.
Antara barisan peranti Samsung yang dikatakan telah menerima kemas kini One UI 6 ini adalah siri Galaxy S23, Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Flip 5.
{suggest}
Sumber: SamMobile