Setiap individu mahu berasa selamat tanpa dijejak terutama ketika menggunakan pelayar internet.
Dengan sejak kebalakangan ini, isu terhadap privasi pengguna telah meningkatkan kebimbangan pengguna.
Tahukah anda, pelayar Safari di iOS sudah pun membolehkan pengguna untuk membuat tetapan terhadap privasi.
Oleh itu, di sini adalah cara-cara bagaimana untuk mengubah tetapan tersebut.
Pertama sekali, buka aplikasi Safari di peranti Apple. Kemudian, klik ikon “aA”.
Seterusnya, pilih “website settings“.
Pada bahagian ini akan terpapar untuk tetapan tersebut.
Klik di setiap kamera, mikrofon dan lokasi serta pilih Deny.
Ini sahaja yang diperlukan bagi menyekat kesemua itu di mana-mana laman web yang anda berasakan tidak perlu akses kamera, mikrofon dan lokasi.
Namun, anda boleh terus sekat lokasi bagi pelayar Safari bagi mengelakkan dijejak oleh sebarang laman web untuk tujuan pengiklanan.
Jadi, ikuti langkah ini pula.
Buka settings di iPhone atau iPad dan tatal ke bawah sehingga terlihat Privacy.
Klik Location Services.
Pada senarai ini, tatal ke bawah dan pilih Safari.
Kemudian, pilih “Never” di tetapan ini.
Selesai, tiada lagi laman web di Safari dapat mengetahui lokasi anda.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!