Masalah sambungan internet pada PC Berpunca daripada beberapa faktor, salah satunya ialah gangguan daripada data yang disimpan pada DNS. Sekiranya kaedah – kaedah lain tidak dapat memulihkan sambungan yang terganggu, apa yang boleh anda cuba ialah dengan “membersihkan” DNS.
Pertama sekali masuk ke paparan tetingkap Command Prompt.
Seterusnya taip kod berikut, disusuli dengan menekan kekunci Enter.
ipconfig /flushdns
Maka akan muncul penyataan seperti dibawah sekiranya ia telah berjaya.
Buka laman sesawang untuk melihat status sambungan internet PC anda.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.