Kepada pengguna tegar pelayar jenis Firefox pada PC, sememangnya berasa jengkel sekiranya kerap kali berlaku “error” atau “loading” yang memakan masa yang lama untuk memuat kembali data laman sesawang.
Berikut kami kongsikan kaedah yang boleh digunakan untuk memulihkan kembali pelayar Firefox yang bermasalah.
Pertama sekali masuk ke menu Settings.
Kemudian pilih menu Privacy & Security.
Seterusnya pada menu “Cookies and Site Data” klik pada tombol “Clear Data”
Akhir sekali pada paparan berikut, tandakan pada menu Cache Web Content dan klik pada tombol Clear.
Dengan itu kesemua data cache yang disimpan pelayar akan dipadam.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.