Kalau anda termasuk dalam golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bawah umur dan mereka asyik bermain permainan dalam komputer, sudah semestinya anda arif tentang kewujudan aplikasi Steam, platform pengedar permainan digital yang dibangun oleh Valve Corporation.
Baru-baru ini, pihak mereka telah memperkenalkan sati ciri terbaru iaitu Steam Families yang terhasil daripada gabungan Steam Family Sharing dan Steam Family View.
Ciri yang telah pun tersedia dalam Steam Beta Client ini dikatakan mampu untuk mengawal setiap permainan dari sudut akses pengguna serta waktu bermain bagi akaun ahli keluarga yang telah dihubungkan.
Antara keistimewaan yang diberikan dalam pembaharuan ini adalah semua akaun yang terlibat dalam kumpulan Steam Family mampu untuk bermain permainan yang telah dibeli atau tersedia dalam ‘library’ akaun yang lain.
Semestinya, pengguna itu boleh bermain mana-mana permainan daripada permulaan tanpa menjejaskan status permainan akaun lain
Selain itu, para ibu bapa juga boleh mengehadkan masa bermain untuk anak-anak mereka secara bebas.
Akhir sekali, anak-anak boleh membuat permintaan secara langsung untuk permainan yang mereka mahu sekali gus mengurangkan hal-hal yang tidak diingini.
Dalam perkara ini, ibu bapa hanya perlu meluluskan ataupun tidak.
Namun, semua kelebihan di atas hanya boleh dilakukan bersama akaun yang telah dimasukkan dalam kumpulan ‘Steam Family’ dan ianya terhad untuk 5 akaun sahaja termasuk admin.
{suggest}
Bagi anda yang ingin mencuba ciri-ciri berkenaan, anda perlu mengubah platform Steam standard kepada Steam Families Beta seperti di bawah.
Seterusnya, pergi ke ‘Account Details’ dan pilih ‘Family Management’.
Anda boleh muat turun platform Steam ini melalui laman web Steam untuk PC dan Google Play Store serta App Store untuk peranti mudah alih.
Sumber: Steam