Kepada anda yang berhasrat untuk menukarkan gambar berwarna kepada jenis hitam putih, berikut kami kongsikan cara mudah untuk melakukannya.
Pertama sekali masuk ke laman sesawang Pinetools dengan menggunakan pautan berikut
https://pinetools.com/threshold-image
Seterusnya klik pada tombol Choose File untuk memuat naik gambar yang ingin ditukarkan.
Kemudian klik pada tombol Apply pada bahagian bawah, anda juga boleh mneyuntingnya terlebih dahulu sekiranya perlu.
Akhir sekali muat turun gambar tersebut dengan memilih 3 jenis format yang disediakan iaitu PNG, JPG dan WEBP, selesai.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.