Kepada anda yang inginkan setiap gambar yang diperolehi daripada pelayar Chrome disimpan dalam format yang anda inginkan seperti PNG, JPG atau WEBp. Berikut kami kongsikan kaedah yang boleh anda cuba.
Apabila anda ingin memuat turun sebarang gambar daripada carian Google, ianya akan disimpan sebagai format yang asal.
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat carian Extension berikut.
Seterusnya pasang Extension tersebut dan tunggu sehingga selesai.
Kemudian buka kembali gambar yang ingin anda muat turun, apabila anda merlakukan “Right-click” pada gambar tersebut, akan muncul menu pilihan format gambar seperti dibawah.
Pilih mana -mana format yang anda inginkan dan simpan pada storan PC.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.