Kepada anda yang inginkan fail berformat slaid power point dikongsikan sebagai sebuah fail PDF menggunakan iPhone, berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali buka fail power point menggunakan aplikasi Keynote pada iPhone atau iPad.
Seterusnya pilih menu Share.
Kemudian pilih menu Export and send > PDF.
Pilih menu Export.
Akhir sekali pilih mana – mana Platform yang ingin anda kongsikan fail tersebut.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.