Kepada anda yang sering tertanya – tanya sama ada e-mail yang dihantar telah dibaca atau tidak, berikut kami kongsikan solusinya.
Pertama sekali masuk laman mailtrack.io
Seterusnya pasangkannya pada Chrome.
Kemudian klik pada tombol Add to chrome
Akhir sekali klik pada tombol Add Extension.
Maka setiap kali mel yang dihantar melalui Gmail, akan ditandakan dengan “Double tick” sekiranya telah dibaca oleh penerima.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat