Kepada anda yang sedang bercuti, berikut kami kongsikan cara untuk menyemak lokasi menarik menggunakan Google.
Pertama sekali masuk ke laman sesawang Google.
Kemudian buka paparan menu.
Skrol kebawah dan pilih menu Perjalanan.
Pada paparan seterusnya pilih menu “Things to do”.
Seterusnya masukkan lokasi percutian anda sekarang, sebagai contohnya nama negeri atau negara.
Maka akan terpapar senarai kawasan dan tempat menarik secara terperinci berserta penilaian dan gambar.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.