Kepada anda yang kerap bertukar mesin pencetak, sama ada dirumah atau dipejabat, sememangnya agak sedikit mengelirukan ketika memilih jenis mesin pencetak ketika ingin mencetak sebarang dokumen dek kerana pelbagai jenis “driver” peranti tersebut telah terpasang pada PC anda.
Berikut kami kongsikan cara untuk mengubah nama pada sambungan mesin pencetak agar ianya mudah untuk dikenalpasti ketika ingin digunakan.
Pertama sekali masuk ke menu Settings.
Kemudian masuk ke menu Bluetooth & devices > Printers & scanners.
Seterusya pilih jenis pencetak yang anda ingin ubah namanya.
Masuk ke menu Printer settings > Printer properties
Akhir sekali pada bahagian General, ubah nama pencetak tersebut kepada nama yang anda inginkan disusuli dengan menekan tombol OK.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.