Kepada anda yang inginkan sebarang aplikasi atau fail dibuka sejurus PC dihidupkan, berikut kami kongsikan kaedah yang boleh dicuba.
Pertama sekali tekan kombinasi kekunci Windows + R seperti berikut.
Seterusnya, pada tetingkar berikut, taip kod “Shell:startup” disusuli dengan menekan tombol OK.
Maka akan muncul tetingkap “Folder” untuk anda masukkan “shortcut” mana – mana aplikasi atau fail yang anda ingin jalankan ketika PC dihidupkan.
“Drag” shortcut aplikasi yang anda inginkan kedalam “Folder” tersebut.
Selesai, maka dengan itu setiap kali PC dihidupkan, fail tersebut akan terus dibuka.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.