Kepada anda yang mementingkan privasi ataupun risau sekiranya PC anda diakses oleh pihak individu lain ketika meninggalkan buat seketika, berikut kami kongsikan cara untuk menghubungkan PC tersebut dengan peranti pintar agar ianya segera terkunci sejurus anda bergerak berjauhan dengannya.
Pertama sekali “paired” kan terlebih dahulu PC dengan peranti pintar anda dengan sambungan Bluetooth.
Kemudian buka tetapan Dynamic Lock pada PC.
Seterusnya pada paparan berikut pilih tetapan Dynamic Lock dan aktifkan fungsi dibawah.
Selesai, setiap kali anda bergerak berjauhan dengan PC di mana sambungan bluetooth nya terputus, maka layar PC anda akan segera dikunci.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.