Menggunakan pelayar Safari adalah lebih menyeronokkan kerana ianya telah ditetapkan sebagai “bebas” iklan yang muncul secara tiba – tiba atau dikenali sebagai tetingkap “Pop-up”. Namun kepada anda yang memerlukan fungsi
‘pop-up” ini diaktifkan kembali kerana keperluan ketika melayari Safari, berikut kami kongsikan cara untuk mengubahkan tetapan tersebut pada peranti mudah alih Apple.
Pertama sekali masuk ke menu Settings.
Kemudian pilih aplikasi Safari.
dan akhir sekali, nyahaktifkan tombol berikut. Maka dengan itu paparan tetingkap “Pop-up” tidak lagi disekat.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.