Pada tetapan biasa, kualiti gambar ataupun video akan di kurangkan bagi mempercepatkan proses perkongsian media tersebut pada aplikasi Whatsapp. Namun begitu kepada anda yang berhasrat untuk menghantar gambar dan video pada kualiti yang lebih bagus, berikut kami kongsikan tetapan yang perlu anda ubah pada aplikasi Whatsapp.
Pertama sekali buka aplikasi Whatsapp anda.
Kemudian pilih menu Settings > Storage and Data
Seterusnya Tap pada menu Media upload quality.
Akhir sekali pada paparan berikut, pilih menu Best Quality
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini semoga bermanfaat.