Apple telah menaik taraf ciri daripada Focus Mode di iOS 15 dan iPadOS 15 kepada Focus Filter di iOS 16 dan iPadOS 16.
Focus Filter membantu pengguna untuk ubah penggunaan sesetengah aplikasi yang digunakan. Ianya bermaksud pegguna dapat menapis dan menentukan jenis-jenis notifikasi yang dikeluarkan oleh aplikasi berkenaan.
Pengguna boleh menentukan Tab Group yang ditunjukkan di Safari, menyembunyikan kalendar yang dispesifikasikan serta mengehadkan aplikasi Mail kepada peti masuk tunggal sahaja.
Focus Filter membenarkan pengguna untuk mengubah beberapa tetapan sistem seperti menukar kepada mod light atau dark serta mengaktifkan mod Low Power.
Ini merupakan langkah untuk menambah ciri Focus Filter:
- Buka Settings pada peranti berkenaan.
- Pilih mod existing Focus atau create a new one.
- Tekan Add Filter.
- Pilih aplikasi yang ingin ditapis.
Untuk pengaktifan Focus Mode, pengguna perlu buka Control Center dan tekan pada pilihan Focus untuk memilih mod yang diperlukan. Pengguna boleh membuang mana-mana tapisan yang ditambah pada Focus di aplikasi Settings.
Sumber: 9To5Mac
Gambar: 9To5Mac
{suggest}