Kepada anda yang menjalankan perniagaan yang mana memerlukan beberapa orang pekerja mengakses ke akaun whatsapp yang sama pada peranti pintar atau hal – hal yang berkaitan. Berikut kami kongsikan caranya.
Pertama sekali pastikan peranti utama yang berdaftar dengan akaun whatsapp dalam keadaan aktif.
Seterusnya pasang aplikasi whatsapp pada peranti yang baru.
Kemudian pada paparan pendaftaran akaun, pilih menu Link a Device.
Manakala pada peranti utama, buka menu Linked Device.
Scan kod QR yang terpapar pada peranti baru.
Selesai, maka dengan itu kedua – dua peranti tersebut akan mempunyai akaun Whatsapp yang sama dan dapat digunakan secara langsung sama ada untuk membaca atau menghantar mesej.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.