Kepada anda yang menggunakan peranti iPad sebagai ganti kepada PC untuk kegunaan kerja harian.
Berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk menukarkan fail berformat “words” atau .Docx terus kepada PDF tanpa sebarang aplikasi tambahan.
Pertama sekali buka aplikasi Words pada ipad.
Seterusnya pilih mana – mana fail yang anda ingin tukarkan kepada format PDF.
Kemudian pada paparan berikut Tap pada menu 3 titik berikut dan pilih menu Print.
Pilih menu Open in Another App.
Seterusnya pilih mana – mana platform yang anda ingin simpan fail PDF tersebut, sebagai contohnya “Save to Files”.
Pilih Folder yang anda inginkan dan akhir sekali Tap pada menu Save.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.