Kepada anda yang risau maklumat sulit atau privasi diceroboh sekiranya peranti Android anda digunakan oleh individu lain, berikut kami kongsikan cara untuk mengaktifkan fungsi khas bagi menajaga privasi anda ketika berkongsi telefon pintar.
Pertama sekali masuk ke menu Setting.
Kemudian pilih menu System
Seterusnya masuk ke menu Multiple Users.
Aktifkan tombol berikut dan pilih menu Add GuestÂ
Sekiranya perlu, anda boleh juga aktifkan fungsi panggilan telefon untuk kegunaan pada mod tersebut.
Untuk mengaktifkan mod tersebut ketika ingin berkongsi peranti, Tap sahaja pada ikon berikut pada bahagian menu peranti
dan pilih mod “Guest”.
Maka dengan itu akses untuk menu tertentu akan disekat dan terhad kepada fungsi asas sahaja.
Untuk menghapuskan profil “Guest mode” tersebut, tap pada ikon profil dan pilih menu Remove pada bahagian setting.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semogas bermanfaat.