Kepada anda yang inginkan privasi tambahan pada fail yang disimpan atau dihantar, berikut kami kongsikan cara untuk menetapkan kata laluan pada fail zip yang dihasilkan menggunakan aplikasi Winrar pada PC.
Pertama sekali pastikan PC anda telah dipasang dengan aplikasi Winrar terlebih dahulu.
Seterusnya pilih fail – fail yang ingin digabungkan sebagai 1 fail, klik kanan dan piluh “add to archive”.
Kemudian tekan pada tombol Set Password.
tetapkan kata laluan yang anda inginkan disusuli dengan menekan tombol OK.
Seterusnya pilih format “zip” dan tekan tombol OK.
Selesai, maka setiap kali fail tersebut dibuka maka kan muncul tetingkap kata laluan seperti berikut.
Itulah sahaja sedikit perkongsian dariapda kami kali ini, semoga bermanfaat.