Kepada anda yang kerap menggunakan Google Doc untuk tugasan seharian, berikut kami kongsikan cara memuat turun fail pada platform Google tersebut sebagai sebagai fail berformat PDF.
Pertama sekali buka fail Google Doc yang ingin dimuat turun.
Kemudian masuk ke menu File > Download > PDF Document.
Seterusnya pilih lokasi untuk disimpan dan disusuli dengan menekan pada tombol Save.
Selesai, maka dengan itu fail document pada Google Drive akan disimpan pada PC atau Laptop anda dengan format PDF.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.