Pada Disember tahun lalu, Facebook telah mengumumkan ciri bakul pembelian dalam aplikasi telah tersedia melalui WhatsApp. Ciri ini adalah sama seperti yang terdapat di Facebook Shop dan Instagram Shop.
Melaluinya, pengguna boleh melayari katalog dan memilih pelbagai produk. Seterusnya, membuat pesanan sebagai satu mesej di WhatsApp Business.
Di bawah adalah cara untuk membuat pesanan di WhatsApp dengan menggunakan bakul pembelian.
Menambah produk dalam bakul
Buka WhatsApp dan pergi ke ruang sembang atau mana-mana profil perniagaan yang anda ingin membuat pesanan.
Tekan pada butang dengan ikon beli-belah di bahagian atas untuk mengakses katalog pembelian pada kedai tersebut.
Setelah katalog dibuka, pilih produk yang dikehendaki untuk membuat pesanan.
Kemudian, tekan “Add to Cart” pada produk yang ingin dipesan. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih “Message Business” jika ingin bertanyakan soalan spesifik mengenai produk tersebut.
Membuat suntingan pesanan
Untuk membuat suntingan pesanan, tekan pada “View Cart” untuk melihat semua produk dalam bakul pembelian.
Kemudian, tekan pada “Add More” jika anda ingin menavigasi katalog dan menambah lebih banyak produk. Anda juga boleh menyunting kuantiti setiap produk yang ditambah pada bakul pesanan.
Membuat tempahan
Setelah selesai mengemaskini bakul pembelian, anda boleh menghantar pesanan tersebut kepada peniaga melalui mesej WhatsApp.
Setelah dihantar, anda boleh melihat perincian tempahan dengan menekan pada butang “View Cart”. Setiap tempahan yang dibuat perlu disahkan oleh peniaga terlebih dahulu.
Selesai.