Kepada anda yang mengalami masalah untuk memadam Fail atau folder pada Windows, berikut kami kongsikan alternatif yang boleh anda cuba.
Pertama sekali buka tetingkap “command Prompt” dan jalankannya sebagai Administrator.
Seterusnya pada tetingkap trsebut taipkan kod berikut berserta destinasi dan nama folder yang ingin dipadam.
rmdir /s /q "destinasi"
Sebagai contoh, sekiranya folder tersebut bernama “Unwanted” , masukkannya pada bahagian destinasi fail.
rmdir /s /q C:\Documents\Unwanted
Seperti berikut, disusuli dengan menekan kekunci Enter.
Maka dengan it fail atau folder tersebut akan dipadam secara kekal.
Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.