Kepada anda yang tercari – cari link atau laman sesawang yang telah anda lawati pada aplikasi Facebook, berikut kami kongsikan cara untuk mengaksesnya kembali.
Pertama sekali masuk ke menu profil Facebook anda terlebih dahulu.
kemudian pada menu Settings & Privacy pilih menu Link History.
Sekiranya muncul paparan berikut, Tap sahaja pada tombol biru dibawah untuk memberikan kebenaran untuk Facebook merekod sejarah pautan.
Maka akan muncul senarai Link yang telah anda buka melalui aplikasi Facebook.
Manakala untuk menyahaktifkan kembali fungsi tersebut, masuk ke menu Settings.
“Off” kan fungsi berikut dan seterusnya tap pada tombol “Don’t allow”.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.