Agak menjengkelkan sekiranya bunyi notifikasi mengganggu anda ketika sedang mendengar lagu menggunakan peranti Bluetooth, sama anda tersambung pada pembesar suara luaran ataupun fon telinga.
Berikut kami kongsikan cara untuk menyahaktifkan fungsi tersebut pada peranti iPhone.
Pertama sekali masuk ke menu Settings
Kemudian pilih menu Bluetooth
Tap pada menu sambungan Bluetooth semasa.
Akhir sekali matikan fungsi “Share System Notifications” berikut.
Selesai, maka dengan itu tiada lagu gangguan bunyi notifikasi yang menghentikan muzik atau bunyi ketika menggunakan peranti Bluetooth.
Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.