Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

BigPay Kini Diintegrasi Dalam airasia Superapp, Ini Cara ‘Link’ Akaun

Posted on Oktober 10, 2023Oktober 10, 2023

BigPay kini telah diintegrasi dalam airasia Superapp, atau bakal dikenali sebagai airasia MOVE tidak lama lagi. Sekali gus, ia menjadikan BigPay sebagai kaedah pembayaran default untuk penempahan yang dilakukan di airasia Superapp.

{suggest}

Bagi membolehkan pengguna menyemak baki akaun BigPay atau menggunakan BigPay untuk membuat pembelian penerbangan, hotel dan lain-lain melalui aplikasi super itu, pengguna perlu memautkan akaun BigPay ke airasia Superapp.

Cara pautkan akaun BigPay

Untuk memautkan akaun BigPay ke airasia Superapp, ikut langkah di bawah.

1. Buka aplikasi airasia Superapp dan tekan widget BigPay di bahagian atas skrin. Kemudian, tekan “LINK NOW”.

2. Baca dasar privasi yang dipaparkan dan klik “Allow” jika bersetuju. Aplikasi BigPay akan dibuka dan tekan “Link my account”.

3. Seterusnya, baca dan setuju dengan permintaan pada skrin. Sahkan kebenaran dan klik “Authorise”.

Akaun BigPay berjaya dipautkan dan pengguna kini boleh membuat tambah nilai atau pembayaran tiket penerbangan dan lain-lain melalui pautan BigPay di airasia Superapp.

Apa yang ditawarkan

Dengan memautkan akaun BigPay ke airasia Superapp, pengguna kini boleh menikmati keistimewaan seperti berikut:

  • Diskaun 5% penerbangan AirAsia (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Diskaun 5% penerbangan bagi syarikat penerbangan lain yang ditempah melalui airasia Superapp
  • Diskaun RM50 untuk hotel bagi tempahan kali pertama, dengan penginapan minimum 3 hari 2 malam
  • Nikmati 2 kali ganda mata ganjaran airasia apabila membayar menggunakan BigPay bagi perkhidmatan e-hailing (airasia ride), penempahan hotel dan penerbangan dari syarikat penerbangan lain melalui airasia Superapp
  • Jualan eksklusif untuk pengguna BigPay
  • Akses utama untuk promosi jualan airasia yang lain

Dalam pada itu, airasia memaklumkan tidak lama lagi pengguna juga boleh mendaftar akaun BigPay secara terus di aplikasi tersebut.

Sumber: airasia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress